Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King semakin hampir meraih gelaran sulung selepas mara ke final Kejohanan Badminton Masters Sepanyol 2024. Foto BAM (FB)

Masters Sepanyol: Wan Muhammad Arif-Roy King kalahkan gandingan adik-beradik Popov untuk mara ke final

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Gandingan beregu lelaki negara Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King semakin hampir untuk meraih gelaran sulung selepas mara ke final Kejohanan Badminton Masters Sepanyol 2024, pada Sabtu.

Pasangan nombor 65 dunia itu yang bergandingan sejak Mac tahun lalu, mempamerkan aksi cemerlang apabila mengejutkan gandingan adik-beradik Popov, Christo-Toma Junior dari Perancis yang menduduki ranking ke-45 dunia dengan 21-17, 21-17 pada perlawanan peringkat separuh akhir acara Super 300 yang berlangsung di Centro Deportivo Municipal Gallur.

Pada pentas final, Wan Muhammad Arif dan Roy King akan berdepan gandingan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.

Sementara itu, Sabar-Moh Reza terpaksa menghempas pulas sebelum menewaskan William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer dari Denmark, 21-15, 16-21, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Perlawanan akhir hari ini memberi peluang besar kepada gandingan Malaysia untuk membalas dendam kekalahan di peringkat separuh akhir di tangan beregu naib juara Orleans Masters 2024 pada Masters Indonesia 2023, 13-21, 19-21, September lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan