Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ramlah Ahat menyerahkan sumbangan semasa Program Sentuhan Kasih di Kampung Tudan, Miri, semalam. Foto TVS

Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri serah sumbangan kepada golongan memerlukan

MIRI, 31 Mac: Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri (LAKMM) menyerahkan sumbangan kepada 30 orang golongan memerlukan dari Kampung Tudan di sini.

Pengurus LAKMM, Ramlah Ahat berkata pihaknya bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Bekas Pelajar Kolej Tanjung Lobang dan Universiti Terbuka Malaysia Miri bagi menjayakan program ini.

“Antara tujuan utama program adalah memberi sumbangan kepada golongan asnaf, ibu tunggal dan golongan yang memerlukan,” katanya ditemui semasa Program Sentuhan Kasih di Kampung Tudan, semalam.

Program ini merupakan program tahunan buat LAKMM dan pihak mereka sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan organisasi lain untuk memberi bantuan kepada masyarakat.

Pihaknya juga melaksanakan program yang sama di Kampung Senadin Jaya pada Sabtu lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan