Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah gudang penyimpanan peluru dan bahan peledak di wilayah Ciangsana, Bogor, Jawa Barat meletup malam tadi. Foto Bomba Jawa Barat.

Gudang penyimpanan peluru meletup di Jawa Barat, 135 keluarga dipindahkan

ByTVS

JAKARTA, 31 Mac: Sebuah gudang penyimpanan peluru milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) di wilayah Ciangsana, Bogor, Jawa Barat meletup semalam pada 7.05 malam waktu tempatan.

Ketika kejadian semalam, letupan berlaku beberapa kali sehingga mencetuskan panik dan penduduk sekitar berjaya melarikan diri ke tempat lebih selamat, malah 135 keluarga terpaksa dipindahkan ke tempat pemindahan sementara.

Menurut Panglima Daerah TNI Jayakarta, Mejar Jeneral Mohamad Hasan, letupan itu berpunca dari gudang menyimpan peluru yang tamat tempoh.

“Letupan itu datang dari gudang TNI yang menyimpan 160,000 jenis peluru dan bahan letupan di dalamnya tetapi tidak digunakan lagi,” katanya.

Beliau turut mengesahkan kebakaran yang berlaku itu berjaya dipadamkan oleh pihak bomba pada 4.45 pagi tadi dan kini usaha penyejukan masih dilakukan bagi menjangkakan kemungkinan kesan lain.

Walaupun penduduk sekitar masih dipindahkan, Hasan meminta orang ramai tidak bimbang dengan kejadian letupan lain kerana lokasi kejadian telah berjaya dikondisikan supaya tiada lagi letupan berlaku.

Bagaimanapun, siasatan terperinci akan dijalankan dan pihak terbabit akan membersihkan peluru berkenaan bagi memastikan keselamatan di situ. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan