Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Ripin Lamat semasa Program Juh Berambeh Sungkei@Bintulu di Lapangan Terbang Lama Bintulu pada Sabtu. Foto TVS

Belia di Sarawak cenderung teroka bidang keusahawanan

BINTULU, 31 Mac: Jumlah peniaga belia yang terlibat dalam sesuatu program atau pesta menunjukkan golongan berkenaan berminat terhadap bidang keusahawanan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, golongan belia dilihat mempunyai inisiatif sendiri untuk menjana pendapatan tambahan meskipun ia bermusim.

“Ini merupakan petanda bahawa ciri-ciri keusahawanan itu memang ada dalam diri golongan belia dan mereka berminat untuk menjana pendapatan tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Program Juh Berambeh Sungkei@Bintulu di Lapangan Terbang Lama Bintulu pada Sabtu.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) komited dalam membantu golongan belia untuk terus menjalankan perniagaan mereka.

“Kita di MYSED memang galakkan mereka untuk terus jadi usahawan yang sentiasa berniaga, tidak hanya pada musim atau masa pesta sahaja,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan