Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AirAsia akan menyediakan pilihan kepada penumpang yang penerbangannya dibatalkan akibat letusan Gunung Ruang di Kepulauan Sulawesi Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bo Lingam. Foto AirAsia

AirAsia sambung laluan penerbangan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Mac: AirAsia menyambung semula laluan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu hari ini, dalam usaha untuk memperkukuh komitmen perkhidmatan di Sarawak dan Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, pihaknya berbesar hati untuk memperluas rangkaian penerbangan dalam negara dan pada masa yang sama meningkatkan tawaran destinasi di hab Sarawak dan Sabah.

“Sebagai sebuah syarikat penerbangan tempatan, penyambungan semula laluan-laluan ini membuktikan komitmen kami untuk menawarkan lebih banyak perkhidmatan di Malaysia. Dengan menghubungkan semula laluan-laluan ini, kami berhasrat untuk memenuhi peningkatan permintaan bagi perjalanan antara Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu sambil terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan pelancongan dalam negara.

“Kami berharap untuk menerbangkan lebih ramai tetamu pada laluan-laluan ini dan terus memperluas rangkaian domestik pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Sarawak, Nurul Ain Mohammed Yunus berkata, penyambungan semula laluan ini menandakan satu pencapaian penting dalam memperkasakan sektor pelancongan antara Pulau Pinang dan Sarawak.

Beliau berkata, melalui penyambungan laluan ini, pihaknya menjangka impak positif terhadap pertumbuhan pelancongan Sarawak.

“Berikutan profil pelancong yang pelbagai dari Pulau Pinang, kami berharap dapat terus mempromosikan kepelbagaian warisan budaya, landskap semula jadi menakjubkan dan pengalaman pengembaraan unik di Sarawak.

“Penyambungan semula laluan ini membuka peluang untuk kami menarik lebih ramai pelancong dan memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan