KUCHING, 31 Mac: Seramai 80 anak-anak yatim dan golongan asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang menerima bantuan Sinaran Raya untuk berbelanja raya di Mydin Petra Jaya di sini, hari ini.
Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau disambut barisan Pemuda DUN Samariang di pekarangan pintu masuk pusat membeli-belah tersebut kira-kira jam 11.35 pagi.
Fadillah seterusnya menyempurnakan penyerahan sumbangan bertempat di hadapan pintu masuk Mydin Petra Jaya yang berada di tingkat 1.
Bantuan yang diberikan berupa wang tunai kepada penerima untuk membeli baju raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini.
Pemberian bantuan ini adalah bertujuan berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan bersama golongan penerima yang kurang berkemampuan untuk membeli baju raya. -TVS