Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lamat Nyalau menyampaikan cenderahati kepada ADUN Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh pada Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Peringkat Negeri di Sarikei pada Sabtu. Foto TVS

5,186 belia Sarawak daftar sukarelawan Sukma

SARIKEI, 31 Mac: Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang berlangsung pada Ogos depan mendapat sambutan hangat belia Sarawak apabila menerima penyertaan seramai 5,186 orang sukarelawan am setakat ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Lamat Nyalau berkata, sambutan luar jangka itu melibatkan pelbagai kaum, agama, usia, pendidikan dan kerjaya sekali gus membuktikan semangat tinggi anak Sarawak untuk membantu kejayaan temasya sukan berkenaan.

Malah ujarnya, jumlah itu melebihi sasaran awal Jawatankuasa Tenaga Kerja Sukarelawan iaitu hanya seramai 3,000 sukarelawan.

“Sebelum ini, kita diminta untuk mencari 3,000 orang namun ketika ini, seramai 5,186 orang sudah mendaftar untuk menjadi sukarelawan.

“Susulan itu, jabatan mengambil keputusan untuk menutup pendaftaran sementara waktu memandangkan jumlah yang mendaftar melebihi keperluan sebenar,” katanya kepada kepada media pada Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Peringkat Negeri di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tenaga Kerja Sukarelawan dan Pegawai Perhubungan Sukma Sarawak, berkata, pihaknya akan melakukan penyelarasan semula jumlah ke atas tersebut bagi menyimbangi keperluan di setiap bahagian.

Ujarnya, penglibatan belia dalam kegiatan itu bukan sahaja memberi pengalaman menarik tetapi juga berupaya meningkat keyakinan diri dan mengasah bakat mereka dalam kepimpinan.

Temasya dwitahunan itu dijangka menyaksikan penyertaan kira-kira 15,000 atlet dan pegawai dari semua negeri termasuk kontinjen jemputan Brunei Darusalam.

Program dihadiri Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan