Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Majlis Perasmian Masjid Jamal Ad-Din di Taman Jelita, Miri, malam tadi. Foto TVS

RM1.08 bilion diperuntuk bagi projek naik taraf saluran paip seluruh Sarawak – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

MIRI, 30 Mac: Kerajaan Sarawak memperuntukan sebanyak RM1.08 bilion untuk projek menaik taraf dan menukar saluran paip yang lama dan telah usang di negeri ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, projek menaik taraf itu sudah mencapai tahap hampir 90 peratus dan bakal mengambil sedikit masa sebelum ia siap sepenuhnya kelak.

“Saya memberitahu Dato Sri Julaihi Narawi (Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak) untuk terus melaksanakan projek (menaik taraf saluran paip) itu.

“Kelak, saya akan terus mencari duit (peruntukan) untuk kita menaik taraf bekalan air dan juga bekalan api untuk seluruh masyarakat yang ada di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Masjid Jamal Ad-Din, Taman Jelita, di sini, malam tadi.

Sementara itu, kata Abang Johari, beliau turut memberi peruntukan tambahan sebanyak RM4 juta kepada masjid baharu tersebut bagi menambah fasiliti dan ruang yang boleh membantu urusan kebajikan masyarakat kawasan itu termasuk ruang bagi mengadakan akad nikah.

“Sebab itu, tadi saya bertanya jika (ruang untuk akad nikah) ada namun ia tidak ada, tetapi tanahnya ada, jadi saya beritahu agar wujudkan sahaja ruangan itu untuk masjid ini.

“Termasuklah juga membina tempat untuk kita memandikan jenazah serta ditambah lagi dengan permintaan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Dr Ripin Lamat yang mahu masjid ini dilengkapi dengan van jenazah bagi kemudahan masyarakat di sini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan