Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Maritim Kelantan tahan 11 nelayan terlibat penyalahgunaan dadah

ByBernama

BACHOK, 30 Mac: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan menahan 11 nelayan tempatan disyaki terlibat kes penyalahgunaan dadah sepanjang bulan ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Kelantan, Komander Maritim Amiludin Yenggah berkata, mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan dipercayai mengambil bahan terlarang itu untuk menambahkan tenaga bagi mencari hasil laut.

“Apabila kami melakukan pemeriksaan, segelintir daripada mereka positif dadah namun tiada rampasan dadah dibuat. Kami percaya mereka ini mendapatkan bekalan dadah melalui keldai dadah atau pengedar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau dan membuat pemeriksaan rutin kapal-kapal nelayan di perairan Terengganu berhampiran Pulau Perhentian di sini malam tadi.

Amiludin berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dan operasi bersepadu dengan agensi terlibat bagi mengekang masalah ini daripada berterusan.

Dalam pada beliau berkata, Maritim Kelantan menahan 29 individu yang dipercayai terlibat dalam kesalahan maritim dan merampas pelbagai barangan dianggarkan bernilai RM6.5 juta bagi tempoh Januari hingga semalam.

Mengenai penugasan di perairan negara semasa sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, Amiludin berkata pihaknya akan melaksanakan antaranya Operasi Naga yang tertumpu kepada bot-bot nelayan asing dan Operasi Tiris bagi aktiviti penyeludupan.

“Penugasan adalah seperti biasa dengan mengerakkan aset-aset maritim ke kawasan rondaan yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, kesemua anggota terlibat menjaga perairan negara dibekukan cuti dan mereka akan bercuti secara bergilir-gilir setelah tamat operasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan