Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penolong pegawai perubatan terkorban selepas ambulans dinaikinya terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 330.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Tapah hari ini. Foto hiasan Envato

Dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand

ByBernama

PUTRAJAYA, 30 Mac: Dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand pada pukul 1.45 tengah hari waktu tempatan pada Sabtu.

Kementerian Luar (Wisma Putra) menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand yang mengesahkan  kemalangan itu dalam satu kenyataan berkata, nahas berkenaan melibatkan lima penuntut Malaysia dan baki tiga orang lagi yang cedera diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands untuk diberikan rawatan segera.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch, sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga bagi memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan dengan lancar.

Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia,” katanya.

Wisma Putra juga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa nahas itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington  di alamat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, 10 Washington Avenue, Brooklyn, PO Box 9422, Wellington, atau di talian: +64-4-3852439/+64-210440188 (kecemasan) dan alamat e-mel, mwwellington@kln.gov.my. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan