Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang anggota polis patah tulang rusuk apabila motosikal ditunggangnya dilanggar motosikal mat rempit semasa cuba menahan dua motosikal di Kilometer 121.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat Butterworth hari ini.

Anggota polis patah tulang rusuk motosikal dilanggar mat rempit

ByTVS

BUTTERWORTH, 30 Mac: Seorang anggota polis patah tulang rusuk apabila motosikal ditunggangnya dilanggar motosikal mat rempit semasa cuba menahan dua motosikal di Kilometer 121.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu berlaku semasa polis menjalankan operasi samseng jalanan selepas mendapati beberapa kumpulan motosikal berkumpul dan menunggang secara berbahaya di kawasan Kampung Teluk di sini.

Katanya, polis cuba mengejar dua motosikal yang ditunggang dua remaja disyaki sedang berlumba sesama sendiri dan melakukan aksi berbahaya.

“Dua anggota polis kemudian mengekori kedua-dua motosikal jenis Yamaha Y15 yang cuba meloloskan diri ke arah Sungai Petani, Kedah.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba salah sebuah motosikal remaja itu melanggar sebuah motosikal anggota polis menyebabkan kedua-duanya terjatuh,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Siti Nor Salawati, kejadian itu menyebabkan anggota berkenaan mengalami patah tulang rusuk kiri, bengkak pada kaki kiri dan gegaran pada kelapa selain luka pada badan.

“Remaja tersebut pula cedera ringan dan kedua-dua penunggang berusia 19 dan 20 tahun itu turut berjaya ditahan polis.

“Pemeriksaan lanjut mendapati motosikal itu menggunakan nombor pendaftaran palsu selain dikenakan saman kerana melakukan pengubahsuaian, tiada lesen dan tiada cukai jalan,” katanya lagi.

Remaja terbabit ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 353/186 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan