Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Masjid Jamal Ad-Din di Taman Jelita, Miri, malam tadi. Foto TVS

Abang Johari rasmi Masjid Jamal Ad-Din di Taman Jelita, Miri

ByAhmad Burhanuddin

MIRI, 30 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Masjid Jamal Ad-Din di Taman Jelita, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, pembinaan masjid baharu itu diharap dapat memberi keselesaan kepada masyarakat Islam di kawasan tersebut untuk beribadah.

“Alhamdulillah, kita dapat mendirikan masjid yang saya rasa agak selesa di Taman Jelita ini untuk masyarakat Islam di sini menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT dan juga memainkan peranan untuk membangunkan masyarakat kita, khasnya orang Islam.

“Dasar Kerajaan Sarawak ialah berlandaskan kepada ajaran dalam Islam khasnya Piagam Madinah, iaitu perlembagaan Islam yang tersohor,” katanya ketika berucap di majlis itu.

Masjid tersebut dinamakan sebagai Masjid Jamal Ad-Din yang membawa maksud ‘Kecantikan Dalam Agama’.

Kos pembinaan bagi projek masjid baharu berkenaan yang mencecah sehingga RM6.255 juta itu akan menggantikan fungsi solat Jumaat Masjid Al-Firdaus, Taman Tunku, di sini.

Masjid baharu itu juga mampu menampung sekitar 1,100 jemaah pada satu masa yang turut menyediakan sebanyak 80 lot parking kereta dan 80 lot parking motosikal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan