Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(BERNAMA) Ahmad Rejal Arbee semasa mesyuarat lembaga pertama pengelola baru Pertubuhan Berita Nasional(BERNAMA) di sini, hari ini. Foto Bernama.

Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara – Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan  sumbangan dan buah fikiran yang dilontarkan Tokoh Wartawan Negara 2014 Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.

Beliau berkata Allahyarham yang merupakan bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian juga dikenali sebagai antara pengamal media terawal meneroka konsep media dwibahasa.

“Takziah saya utuskan kepada keluarga Allahyarham. Mendoakan roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

Ahmad Rejal, 83, meninggal dunia kira-kira 2 pagi ini di Hospital Shah Alam kerana sakit tua. Allahyarham dimasukkan ke hospital itu Jumaat lepas kerana terdapat jangkitan kuman di paru-paru.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam pada 11 pagi ini dengan hampir 200 ahli keluarga dan sahabat seperjuangan kewartawanan hadir memberi penghormatan terakhir.

Ahmad Rejal dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara 2014 sempena majlis Penganugerahan Tokoh Wartawan Negara dan Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2014 sebagai menghargai sumbangan cemerlang wartawan veteran itu dalam bidang penulisan dan kewartawanan tanah air. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan