Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang memberikan sumbangan raya semasa Majlis Sumbangan Derma SABATI Kepada Anak-Anak Yatim bertempat di Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) di Kuching pada Junaat. Foto TVS.

SABATI raikan anak-anak PERYATIM sempena Aidilfitri

KUCHING, 29 Mac: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) meraikan seramai 77 orang kanak-kanak dari Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sumbangan berupa wang tunai itu diberikan kepada anak-anak yang berusia 7 hingga 17 tahun yang menghuni rumah kebajikan yang diuruskan oleh PERYATIM berkenaan.

Majlis penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan oleh isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) di sini, pada Jumaat.

Selain sumbangan wang tunai, sumbangan berupa barangang keperluan asas turut diserahkan kepada PERYATIM.

Majlis itu antara lain turut bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara SABATI dengan kanak-kanak yang tinggal di rumah kebajikan PERYATIM.

Hadir sama Bendahari SABATI, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan