Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama bersama delegasi Kerajaan Sarawak melawat pusat penguji teknologi karbon Technology Centre Mongstad di Mongstad, Norway pada tahun lepas. Foto, TVS.

Putrajaya disaran sediakan insentif khas bantu Sarawak lonjak ekonomi hijau

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Langkah Kerajaan Sarawak memberi tumpuan kepada sektor tenaga baharu seperti pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan.

Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom berkata, ini kerana Putrajaya mula memberi tumpuan kepada sektor berkenaan menerusi peruntukan RM2 bilion yang disediakan untuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).

Dewan Negara: Sarawak teraju CCUS Malaysia, miliki dua hab berskala mega

Tambah beliau, kerajaan juga menggalakkan institusi perbankan menyediakan dana pembiayaan mencecah RM200 bilion untuk mendorong industri beralih ke arah ekonomi rendah karbon.

“Ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan dan perkara ini amat bertepatan dengan polisi Sarawak yang lebih terkedepan dalam ekonomi hijau.

“Sarawak telah lama merancang untuk terlibat menerusi penekanan yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” katanya kepada TVS di sini baru – baru ini.

Ketika Sidang Dewan Negara minggu ini, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib memaklumkan Sarawak memiliki dua daripada tiga hab CCUS yang disasarkan menerusi NETR menjelang 2030.

Jelas beliau, menjelang 2050 kapasiti penyimpanan dijangka akan mencecah 40 hingga 80 juta metrik tan setahun.

Sementara itu Pele Peter turut menyeru supaya Kerajaan Persekutuan terus membantu Sarawak dengan memberi sokongan diperlukan bagi memastikan wilayah berkenaan mencapai matlamat ekonomi hijau yang sedang dipeloporinya.

“Kita berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat menyediakan inisiatif yang berkaitan serta relevan dengan misi Sarawak dalam sektor tenaga boleh diperbaharui ini,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan