Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki rakyat Israel ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang bersama enam pucuk pistol, pada Rabu lepas.

Polis tahan lelaki Israel bersama enam pucuk pistol di KL

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Seorang lelaki rakyat Israel ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang bersama enam pucuk pistol, pada Rabu lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek berusia 38 tahun itu masuk ke Malaysia menggunakan pasport Perancis pada 12 Mac lepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“(Ketika) disoal siasat, suspek beritahu tujuan dia datang ke Malaysia ialah untuk membunuh seorang lagi rakyat Israel kerana kononnya ada isu keluarga namun polis tidak percaya sepenuhnya, siasatan masih diteruskan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Razarudin berkata, kesemua senjata api ditemui dalam sebuah beg di bilik hotel berkenaan manakala suspek juga setakat ini tidak mendedahkan butiran pekerjaan.

Berhubung senjata api itu, beliau memaklumkan polis percaya ia dibeli selepas suspek tiba di Malaysia.

“Senjata dibeli menggunakan mata wang kripto dan polis juga masih siasat bagaimana senjata itu diseludup masuk ke Malaysia, saya tidak fikir senjata itu dibawa bersama kerana suspek masuk menerusi Emiriah Arab Bersatu (UEA) yang mana kawalan keselamatan mereka sangat ketat,” katanya.

Katanya suspek direman bermula 28 Mac lepas sehingga hujung bulan ini dan polis tidak menolak kemungkinan untuk memohon lanjutan reman.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Passpot dan Seksyen 7 Akta Senjata Api Lebih Berat.

Susulan tangkapan berkenaan, Razarudin memberitahu, pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan.

“Apa yang membimbangkan, pertama kita nampak isu di Palestin (oleh itu) kita sangat berwaspada (khususnya) melibatkan keselamatan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong, mungkin juga ada pegawai dan VIP lain yang perlu kita ambil kira.

“Kita tidak percaya sepenuhnya apa yang suspek beritahu, mungkin juga ada agenda lain,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan