Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pelabuhan Bintulu: Kerajaan Sarawak jamin pelihara kebajikan pekerja selepas tukar status

ByYusuf Shukri

KUCHING, 29 Mac:  Kebajikan warga kerja Pelabuhan Bintulu akan menjadi keutamaan Kerajaan Sarawak setelah memiliki sepenuhnya agensi itu nanti.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, fasa peralihan daripada pentadbiran Persekutuan kepada Sarawak, tidak akan memberi impak besar dari segi pendapatan pekerja di pelabuhan tersebut.

Jawatankuasa teknikal perhalusi proses ambil alih Pelabuhan Bintulu.

“Seperti sedia maklum, pelabuhan Bintulu adalah antara yang berharga dan lumayan di Malaysia pada masa ini disebabkan industri petroleum dan bahan api.

“Kita akan pastikan peralihan pekerja berjalan dengan lancar dan pembangunan pelabuhan ini kita akan teruskan supaya ia kekal berdaya saing,” kata Hasbi selepas menghadiri Majlis Penutupan Program Kembara Sarawak Bertadarus Lembaga Pelabuhan Bintulu 2024 di Masjid Al-Ghazali, di sini, semalam.

Menurut Hasbi perkara tersebut adalah antara perkara yang akan di bawa ke Persidangan Parlimen penggal kedua pada tahun ini agar proses peralihan pelabuhan itu segera disiapkan menjelang 2025.

Hasbi memberitahu selain itu, beliau akan membentangkan soal pemansuhan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 merangkumi perinciannya sedang dibincangkan di peringkat pasukan teknikal kedua-dua kerajaan pada Jun depan.

“Semua perkara berkenaan peruntukan, aset, operasi dan pekerja adalah menjadi tumpuan utama pasukan teknikal ini agar semua pihak peralihan ini berjalan dengan lancar,” tambah Hasbi lagi.

Akta Pelabuhan Bintulu 1981 telah dikuat kuasa untuk memindah pemilikan pelabuhan tersebut daripada Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan.

Setelah lebih empat dekad, pemilikan pelabuhan tersebut akan dikembalikan kepada kerajaan negeri dan dijangka akan menjadi antara lokasi aktiviti ekonomi utama Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan