Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika bertemu Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China Liu Jianchao pada Khamis. Foto Zahid Hamidi (FB).

Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China – Ahmad Zahid

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu dibincang dalam pertemuannya dengan Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China Liu Jianchao pada Khamis.

Malaysia, China sedia promosi tenaga boleh diperbaharui – TPM Fadillah

“China juga telah menawarkan kesediaan untuk menyediakan lebih banyak siri latihan, perkongsian pengalaman dan peluang pendidikan dalam bidang teknologi dan vokasinal khususnya kepada pelajar serta pekerja di Malaysia,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata pertemuan itu turut membincangkan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada 31 Mei ini.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Liu diiringi Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dan para pegawai kedutaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan