Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Baru-baru ini tular di media sosial sebuah pasaraya di Kuching menjual produk Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi dan Sambal Nyet dengan peningkatan harga jualan hampir tiga kali ganda. Foto tular media sosial.

Beli produk hanya dari kedai rasmi ‘online’ sahaja – Khairul Aming

ByMuqri Aziz

KUCHING, 29 Mac: Pempengaruh media sosial, Khairul Aming mengingatkan orang ramai agar membeli produknya hanya menerusi kedai rasmi dalam talian bagi mengelakkan timbul isu sambal basi seperti sebelum ini.

Saranan berkenaan dinyatakannya menerusi hantaran di X bagi menepis dakwaan bahawa beliau telah melantik mana-mana pihak untuk penjualan produknya dalam pasar raya serta tidak pernah menyediakan kotak paparan.

“Untuk makluman semua, kita tidak pernah melantik sesiapa untuk jualan runcit dan jika ada baru kita akan mengumumkannya.

“Tolong beli produk kami melalui kedai rasmi dalam talian sahaja untuk mengelak isu sambal ciplak yang basi seperti tiga tahun lalu,” menurut hantaran itu.

Khairul menjawab persoalan pengguna X yang mahu beliau menurunkan harga kos serta harga jualan produknya.

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah pasar raya  di Kuching menjual produk Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi dan Sambal Nyet dengan meletakkan harga jualan lebih tinggi iaitu hampir tiga kali ganda. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan