Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyantuni orang ramai yang hadir pada Majlis Iftar MADANI (MIM) bersama Perdana Menteri di Dataran Putra Presint 1 Putrajaya hari ini.Foto, Bernama.

PM beri bayangan tiada cuti tambahan pada 12 April

ByDouglas Elliot

PUTRAJAYA, 28 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kerajaan tidak akan memberi cuti tambahan pada 12 April (Jumaat) yang merupakan hari ketiga Aidilfitri.

“Kita mesti ada semangat untuk bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada kerajaan akan ‘meluluskan’ tambahan hari kelepasan am selepas cuti umum pada 10 April (Rabu) dan 11 April (Khamis).

Terdahulu, Perdana Menteri bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyertai lebih 10,000 orang yang hadir Majlis Iftar Madani anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Dataran Putrajaya di sini lewat petang tadi.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim serta Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K. Saraswathy.

Pada majlis itu, Anwar turut menyaksikan sumbangan kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan berjumlah RM110,000 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan