Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Foto fail TVS

PADU diragui, pinda Akta PDPA untuk lindungi privasi – Sharifah Hasidah

ByAkma Salleh

KUCHING, 28 Mac: Pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dicadang agar dilakukan pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) atau menggubal undang-undang baharu khas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Menurutnya, Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus seperti akta privasi untuk melindungi kerahsiaan peribadi setiap individu yang ingin mendaftar maklumat.

Keselamatan PADU diragui, perlukah Akta PDPA dipinda? | TVS

“Di negara kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) untuk melindungi individu dan masyarakat kita daripada isu siber, daripada ‘scammer’ ataupun kebocoran data. Ini memang ada.

“Tetapi ia adalah untuk transaksi komersial sahaja dan tidak melibatkan data-data untuk bantuan kerajaan ini. Pun begitu, perlindungan dibawah PDPA ini tidak mencukupi. Jadi saya merasakan perlu juga, atau sekurang-kurangnya untuk kita pinda akta ini bagi memastikan individu yang mendaftar dibawah PADU dapat perlindungan keselamatan yang sepenuhnya. Ini satu perkara yang boleh difikirkan atau kita boleh gubal undang-undang baharu,” katanya ketika ditemu bual TVS pada Khamis.

Dalam pada itu, Sharifah Hasidah juga tidak menafikan inisiatif yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan merupakan perkara positif.

Bagaimanapun menurutnya, satu protokol keselamatan dan penjelasan terperinci seharusnya diperincikan semua pihak.

“Yang menjadi isu adalah kita nak lihat dari sudut pelaksanaanya, sudut keselamatan protokolnya ataupun privasi orang yang mendaftar ini. PADU ini ‘self registration’ dan semua kita digalakkan untuk mendaftar. Sistem ini tidak sama seperti e-Kasih yang memfokuskan hanya B40 dan mereka yang layak menerima bantuan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Kerajaan Sarawak memutuskan untuk menangguhkan pendaftaran PADU berikutan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Justeru, Kementerian Ekonomi akan mengadakan pertemuan bersama Kerajaan Sarawak dan jemaah menteri pada Sabtu ini bagi membincangkan hal tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan