KOTA SAMARAHAN, 27 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyempurnakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran peringkat Sarawak 2024 di Masjid Al-Muttaqin, Kota Samarahan, malam ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Sementara itu seramai 1,000 orang jemaah turut mengimarahkan masjid berkenaan bagi menyaksikan majlis bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur’ di sini.
Majlis pada tahun ini dimulakan dengan Majlis Berbuka Puasa diikuti solat Maghrib berjemaah sebelum  Tazkirah Nuzul Al-Quran oleh Mufti Sarawak, Samahah Datu Kipli Haji Yassin, dengan tajuk, ‘Al-Quran ke arah Maju Makmur’.
Sejurud itu, majlis berakhir denagn solat sunat Terawih serta jamuan moreh.
Majlis tahunan itu juga dihadiri Ketua-ketua masyarakat, penjawat-penjawat awam, serta ahli-ahli jawatankuasa masjid dan surau setempat. -TVS