Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terdapat warga emas yang tidak mempunyai wakil atau anak untuk membantu mereka menguruskan transaksi secara digital.Foto TVS

SPay Global, BKSS lebih berkesan berbanding PADU – Dr Jeniri

ByAkma Salleh

KUCHING, 27 Mac: Sistem pengumpulan data yang dibangunkan Kerajaan Sarawak seperti Spay Global dan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) disifatkan lebih berkesan dan bersasar berbanding hala tuju Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir, ini kerana sistem PADU mengandungi senarai maklumat yang tidak relevan untuk di isi oleh pendaftar berbanding sistem yang dibangunkan Sarawak yang telah terbukti hasilnya.

“Yang pasti saya boleh katakan lebih baik sebab itu banyak komen yang tidak begitu sihat, tidak begitu positif berkaitan PADU ini. Sistem sedia ada sebenarnya dapat digunakan tapi saya fikir PADU ini diwujudkan untuk mendapat dataraya sehingga menimbulkan keraguan daripada rakyat adakah sistem ini akan dimanipulasikan atau digunakan oleh pihak tertentu bagi tujuan kepentingan politik dan sebagainya.

“Jadi aspek ini perlu ditangani dan diselesaikan dengan sebaik mungkin khususnya menteri berkenaan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Jelas Dr Jeniri lagi, salah satu perkara yang menimbulkan kesangsian rakyat ialah apabila ada senarai maklumat yang berhubung pinjaman bank perlu di isi ke dalam sistem tersebut.

Ia nya tegas Dr Jeniri diragui akan dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya agak hairan mengapa sampai 39 maklumat peribadi perlu disenaraikan termasuk pinjaman bank dikemukakan disitu. Jadi ini menimbulkan sedikit kebimbangan di pihak mereka yang ingin mendaftar,” ujarnya.

Justeru itu, Dr Jeniri menegaskan lagi aspek berkenaan atau segala cadangan yang telah dikemukakan oleh pihak kerajaan Sarawak perlu diberi perhatian oleh kerajaan pusat untuk pastikan sistem PADU ini dapat dimantapkan lagi dan seterusnya dapat digunakan sebaik mungkin dalam apa-apa tujuan sekalipun.

“Yang paling penting supaya sistem ini dapat memperoleh keyakinan dipihak rakyat dengan segala input,” katanya.

Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak ( Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata, kerisauan rakyat berhubung PADU perlu diberi perhatian serius susulan terlalu kerap laporan mengenai mangsa penipuan dalam talian direkodkan.

Untuk tahun 2023 sahaja katanya, 23,000 kes jenayah penipuan dalam talian telah direkodkan melibatkan jumlah wang sebanyak RM1.22 bilion. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan