Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak bersama wakil pemilik cap dagang menerusi aduan yang diterima menyerbu sebuah gudang disyaki menjual barang tiruan di Demak Laut Industrial Park, semalam. Foto KPDN Sarawak

KPDN Sarawak serbu gudang jual barang tiruan di Demak Laut, sita barangan bernilai RM442,977

BySafri Ali

KUCHING, 27 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak bersama wakil pemilik cap dagang menerusi aduan yang diterima menyerbu sebuah gudang disyaki menjual barang tiruan di Demak Laut Industrial Park di sini, semalam.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, serbuan yang dilakukan sepasukan pegawai kementerian itu juga telah menahan seorang perempuan warganegara yang mengaku sebagai penyelia premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di sebuah gudang, KPDN telah menyita sejumlah 902 unit barangan elektronik kenderaan anggaran bernilai RM442,977 yang terdiri daripada pelbagai jenis barang iaitu Android Car Player, Dashcam dan Speaker yang disyaki telah melakukan kesalahan dan disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

“Ini merupakan nilai rampasan tertinggi tahun 2024 bagi kes Akta Cap dagangan 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

“KPDN Sarawak ingin memberi amaran keras terhadap mana-mana peniaga yang berkaitan supaya sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penjualan barangan tiruan boleh melaporkan kepada pihak KPDN bersama butiran yang lengkap melalui WhatsApp 019-848 8000 / 019-279 4317, portal aduan e-aduan.kpdn.gov.my atau call centre 1-800-886-80. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan