Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon. Foto fail Bernama

Kekalahan kepada Oman bukan pengakhiran – Pan Gon

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan 0-2 kepada Oman pada perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.

Pan Gon bagaimanapun menyifatkan kekalahan kedua itu bukan satu pengakhiran buat anak buahnya yang kini perlu mengharap keajaiban pada baki perlawanan kelayakan menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan kumpulan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

“Ini perlawanan yang sangat sukar..sebagai ketua, sebagai jurulatih, mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kami tidak dapat beri anda kebanggaan, maksud saya keputusan yang lebih baik.

“Kami masih mempunyai dua lagi perlawanan jika ada keajaiban kami masih mempunyai peluang. Lebih baik jangan berputus asa dan kita akan berjuang sehingga ke akhirnya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Pengendali dari Korea Selatan itu dalam masa sama optimis para pemain negara mampu menggunakan peluang sebaiknya untuk mempamerkan kebangkitan sekembalinya mereka ke pangkuan kelab masing-masing apabila saingan Liga Malaysia (Liga-M) membuka tirai Mei ini.

Sementara itu, jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy mengakui kunjungan anak buahnya ke SNBJ mendatangkan cabaran sukar dibandingkan pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan sebelum ini di Muscat minggu lepas.

Katanya, berbekalkan semangat sepasukan berjaya menjelmakan keputusan seperti diinginkannya.

Kekalahan kedua berturut-turut dengan keputusan sama dengan Oman menyukarkan misi Malaysia untuk untuk layak ke Piala Asia 2027 lebih awal dan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia kekal di kedudukan ketiga kumpulan dengan mengumpul enam mata manakala Kyrgyzstan yang mengatasi Taiwan 5-1 pada satu lagi aksi malam ini, naik kedudukan teratas dan berkongsi sembilan mata bersama Oman yang menghuni tangga kedua.

Taiwan tercorot tanpa sebarang mata selepas empat perlawanan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan