Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar menyifatkan mendiang yang meninggal dunia pada usia 78 tahun akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Anwar ucap takziah kepada keluarga ‘Aunty Bersih’

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga guru bahasa Inggeris Anne Ooi atau lebih dikenali sebagai ‘Aunty Bersih’ yang meninggal dunia Isnin.

Anwar menyifatkan mendiang yang meninggal dunia pada usia 78 tahun akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.

“Saya ucap takziah kepada keluarga mendiang Anne, dan mendiang ternyata terus gagah di depan menjadi antara ikon rakyat sehingga akhir hayat,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook.

Turut mengucapkan takziah ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang memaklumkan mendiang menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Australia, dan beliau turut menyentuh detik perkenalan mereka yang telah lama terjalin, terutama menerusi anak perempuan mendiang.

“Saya memang sudah lama kenal dengan mendiang, menerusi anak perempuannya Elaine Pedley, penari-koreografer dan sahabat yang dekat dengan keluarga. Kami saling mengenali, dan bertambah rapat di jalan-jalan di Kuala Lumpur, dalam perhimpunan, perjumpaan (termasuk Bersih), sejak beberapa tahun lepas.

“Takziah kepada Elaine, Philip dan keluarga. Semoga anda diberikan kekuatan dan bertenang dalam saat-saat yang sukar ini. Terima asih Aunty Anne. Semoga dikau tenang di sana,” katanya.

Fahmi turut memuat naik gambar hitam putih mendiang memegang bunga kekwa dalam keadaan basah di luar Hospital Tung Shin di sini, menjadi imej yang menterjemahkan perhimpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011.

“Imej ini akan terus selama-lamanya merakamkan semangatnya yang gigih dan perjuangannya, dalam usaha kita untuk membina negara Malaysia yang lebih baik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan