Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis telah merakam keterangan seorang guru wanita bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes mencabul seorang pelajar lelaki yang tular baru-baru ini. Foto hiasan

Polis lengkapkan kertas siasatan kes salah laku seksual guru wanita, pelajar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Polis telah merakam keterangan seorang guru wanita bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes mencabul seorang pelajar lelaki yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata rakaman percakapan guru berumur 37 tahun terbabit dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor pada Ahad.

“Hanya dirakam percakapan, suspek kes ini tidak ditangkap. Beberapa individu lain juga dirakam percakapan termasuk pengadu dan saksi yang melihat atau tahu hal yang berkaitan,” katanya ringkas ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

“Pihak polis menasihati orang awam untuk tidak menimbulkan spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak benar berkenaan kejadian ini,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata mangsa juga telah dirujuk ke sebuah hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, polis menerima laporan pada 12 Dis lepas mendakwa suspek mencabul mangsa ketika mengulang kaji pelajaran bersama guru terbabit di perpustakaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan