Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto, Bernama.

Parlimen: Tiada cukai untuk perkhidmatan asas – PM

ByPriscilla

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Kerajaan dijangka mengutip hasil sebanyak RM800 juta susulan pengenalan Cukai Keuntungan Modal (CGT) ke atas syarikat atas pelupusan saham tidak tersenarai, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, CGT merupakan cukai progresif yang tidak dikenakan terhadap rakyat dan tiada impak ke atas kos sara hidup.

“Kerajaan mengambil pendekatan menumpukan penambahan hasil cukai daripada mereka yang lebih mampu untuk memastikan majoriti rakyat tidak terbeban.

“Kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus yang berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024 menumpukan kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan dan aktiviti antara perniagaan yang kurang melibatkan rakyat secara langsung,” katanya di Dewan Rakyat pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri hari ini.

Anwar menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (Barisan Nasional – Paya Besar) yang meminta beliau menyatakan kesan terhadap kos sara hidup rakyat dan kos pengeluaran industri akibat kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) daripada enam peratus kepada lapan peratus.

“Perbelanjaan bagi makanan dan minuman serta telekomunikasi tidak dinaikkan dan kekal pada enam peratus. Perbelanjaan utiliti seperti air dan petrol, kekal tidak dikenakan cukai perkhidmatan atau jualan,” ujarnya.

Sementara itu, Anwar turut memaklumkan pelbagai perkhidmatan asas tidak dikenakan cukai perkhidmatan seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan penumpang darat dan laut, pengangkutan penumpang udara bagi Rural Air Services di Sabah dan Sarawak, telekomunikasi prabayar kepada warganegara, penghantaran makan-minum, bekalan air, bekalan elektrik di bawah 600kWj bagi rumah kediaman dan bekalan elektrik kepada premis perniagaan.

“Hasrat Ekonomi MADANI adalah untuk meningkatkan darjat hidup rakyat dan membangunkan ekonomi negara dengan mengambil kira kerajaan mewarisi kedudukan hutang dan fiskal yang mencabar,” tambahnya.

Pada masa sama Anwar menegaskan pembaharuan yang dilaksanakan ialah dengan memberi tumpuan kepada mengurangkan ketirisan perbelanjaan serta memperluas hasil negara. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan