Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (kanan) memaklumkan lebih dua juta cubaan menggodam maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) berjaya dipatahkan. Foto Jabatan Penerangan Malaysia, TVS.

Parlimen: Lebih dua juta cubaan godam PADU dipatahkan, majoriti ‘hacker’ luar negara – Rafizi

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Kementerian Ekonomi memaklumkan, lebih dua juta cubaan untuk menggodam maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) berjaya dipatahkan.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan penelitian, majoriti alamat protokol internet (IP Address) penggodam dikesan berada di luar negara.

Kata beliau, serangan dikesan lebih tinggi pada bulan pertama pendaftaran PADU dibuka.

“Kita berjaya halang (kerana) tidak benarkan akses dari luar negara.

“Insya- Allah kaedah yang dinyatakan akan pastikan keselamatan sistem PADU membabitkan penyalahgunaan (data) selain kita pastikan tiada keciciran,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Rafizi menjawab soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pakatan Harapan – Bandar Tun Razak) yang ingin tahu mekanisme Kementerian Ekonomi untuk mempercepatkan pendaftaran PADU serta langkah-langkah kawalan untuk memastikan data berkenaan tidak disalahguna.

Berkenaan langkah keselamatan juga, Rafizi memaklumkan, pihaknya bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan kementerian berkaitan.

“Pasukan pembangunan sistem PADU yang diketuai oleh Jabatan Digital Negara sentiasa bekerjasama rapat dengan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) serta Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital (KKD).

“Kerjasama strategik ini bagi memastikan pencegahan kebocoran data dan perlindungan privasi data PADU diberikan keutamaan yang tinggi,” katanya.

Sementara itu setakat pukul 11.59 malam tadi, Rafizi memaklumkan seramai 8 009 336 juta telah mengemas kini maklumat mereka menerusi sistem berkenaan atau bersamaan 36.8 peratus.

“(Secara purata kita menerima) jumlah pendaftaran sekitar 350 000 hingga 400 000 setiap hari berbaki enam hari.

“Kami unjur akan berjaya capai pendaftaran 50 peratus menjelang 31 Mac,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan