Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar kemiskinan tegar di negara ini berkurang daripada anggaran satu peratus pada 2020 kepada 0.3 peratus atau 18,445 isi rumah pada masa ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.3 peratus – PM

ByPriscilla

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Kadar kemiskinan tegar di negara ini berkurang daripada anggaran satu peratus pada 2020 kepada 0.3 peratus atau 18,445 isi rumah pada masa ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, statistik berkenaan diperolehi menerusi Survei Pendapatan Isi Rumah (HIES), Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) dan Sistem Informasi Data Maklumat Masyarakat Orang Asli (iDamak) bagi masyarakat Orang Asli yang  dilaksanakan pada 2022.

Tambah Anwar, pengurangan kemiskinan turut dapat dilihat menerusi data eKasih iaitu pangkalan data di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

“Berdasarkan Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih setakat 15 Mac 2024, jumlah isi rumah miskin tegar adalah 83,622 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Angka ini menunjukkan penurunan berbanding data eKasih pada Januari 2023 yang mencatatkan sejumlah 126,556 KIR miskin tegar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kasim (Perikatan Nasional – Arau) yang minta beliau menyatakan status terkini secara terperinci 130,000 rakyat yang telah dijanji akan dibantu kerajaan dalam usaha memastikan tiada lagi golongan miskin tegar di Malaysia menjelang akhir tahun lepas.

Sementara itu Anwar menjelaskan berikutan kelemahan membabitkan kesahihan sumber data eKasih yang kadang kala didapati tidak selari dengan maklumat sebenar di lapangan, kerajaan telah memutuskan untuk mewujudkan Pangkalan Data Utama (PADU).

“PADU akan berperanan sebagai pangkalan data komprehensif untuk membantu kerajaan merangka dasar dan program pembangunan termasuk program sosioekonomi dan membasmi kemiskinan secara menyeluruh tanpa pertindihan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan