Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh mengetuai delegasi Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) ke -219 di Paris. Foto SFC

Pameran Malaysia Borneo serlah keunikan Malaysia di mata dunia

ByTVS

PARIS, 27 Mac: Pameran Malaysia Borneo yang berlangsung sempena Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) ke -219 dilihat sebagai platform penting dalam mengetengahkan kepelbagaian budaya dan keindahan alam semula jadi negara di mata dunia.

Acara tiga hari bermula 25 Mac itu dianjurkan Sarawak Forestry Corporation (SFC) dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Sarawak dan Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO Paris.

SFC dalam kenyataannya hari ini berkata, pameran yang mendapat sambutan meriah itu berkonsepkan interaktif dengan menonjolkan gabungan keharmonian pelbagai budaya dan khazanah alam di rantau ini.

“Acara transformatif ini juga mempamerkan kepelbagaian budaya yang kaya, landskap yang menakjubkan dan semangat pengembaraan Sarawak dan Malaysia.

“Objektif utamanya memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap budaya, warisan, landskap, dan biodiversiti di samping menggalakkan amalan pelancongan mampan dan penglibatan masyarakat dalam usaha pemuliharaan,” katanya.

SFC menjelaskan, acara itu juga mempamerkan gabungan budaya yang rancak, termasuk suku kaum asli dan pengaruh budaya Melayu, Cina, India dan orang asli selain menyerlahkan landskap Sarawak dan Malaysia yang menakjubkan melalui pameran hutan hujan, pantai dan tempat ikonik.

Program itu katanya, juga sejajar dengan mandat UNESCO dalam meraikan kepelbagaian warisan budaya dan menggalakkan pembangunan mampan melalui usaha pemuliharaannya di samping menyumbang kepada misi pertubuhan untuk mempromosikan keamanan dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Pada majlis resepsi yang berlangsung pada Selasa, kita mengalu-alukan kehadiran kira-kira 100 peserta, bersama Timbalan Menteri Bandar Perancangan, Pentadbiran Tanah, dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, selaku tetamu kehormat yang juga ketua rombongan delegasi itu.

“Penyertaan kita dalam pameran ini juga selaras dengan hasrat Sarawak untuk memupuk kesedaran dan pemuliharaan pelancongan mampan di rantau ini di samping menyasarkan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia (WHS) pada 2024,” katanya.

Hadir sama, Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO, H.E. Rosmahyuddin Baharuddin, Kaunselor UNESCO , Dr Idris Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Abang Arabi Abang Aimran, dan Pengarah Arkeologi Jabatan Warisan Negara (JWN), Ruzairy Arbi.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan