Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usaha Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah melancarkan EV Motocyles Myus Autotech X Ebixon di Muzium Kebudayaan Borneo. Foto TVS.

MOM bawakan lebih banyak acara sukan antarabangsa ke Sarawak – Abdul Karim

KUCHING, 26 Mac: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) optimis membawakan lebih banyak acara sukan bertaraf antarabangsa ke Sarawak.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usaha Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, hasrat sedemikian telah disampaikan Presiden MOM Tan Sri Norza Zakaria berikutan Sarawak menepati syarat dengan kemudahan sukan yang mencukupi.

Menurut Abdul Karim, Norza juga menyifatkan Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang memberi penekanan yang mendalam terhadap aspek pembangunan sukan.

“Ketika ini kalau tidak silap saya kita sedang membina antara 17 ke 18 buah kompleks sukan mini di peringkat daerah seluruh Sarawak dengan setiap kompleks sukan mini ini terdapat kemudahan kluster tertentu untuk empat ke lima jenis sukan berbeza.

“Usaha ini menunjukkan bahawa selain daripada membangun negeri dan memperkasakan ekonomi, kita juga memastikan bahawa tahap sukan serta tahap belia kita berada pada tempatnya, kerana kita tahu bahawa sukan pastinya akan ada bersangkut paut dengan pembangunan belia kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis pelancaran EV Motocyles Myus Autotech X Ebixon di Muzium Kebudayaan Borneo di sini hari ini.

Abdul Karim dalam pada itu menyakini bahawa keseriusan Sarawak dalam aspek pembangunan sukan itu secara tidak langsung menarik minat MOM untuk membawa lebih banyak acara sukan ke Sarawak.

Minat MOM itu menurutnya susulan Sarawak mempunyai kemudahan ‘venue‘ sukan yang mencukupi untuk menganjurkan pelbagai jenis sukan sama ada sukan konvensional atau sukan ekstrem.

Abdul Karim menambah kesanggupan Sarawak sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas banyak negeri telah menolak untuk menganjurkan temasaya itu sekali gus mencuri minat MOM terhadap kebolehan negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan