Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahmah Hamzah menyempurnakan Majlis Pelancaran EV Motorcycles MYUS Autotech X Ebixon di Kuching, hari ini. Foto TVS

Fasiliti sukan di Sarawak yang dinaik taraf untuk SUKMA dijangka siap menjelang Jun

KUCHING, 26 Mac: Semua fasiliti sukan yang sedang dinaik taraf di Sarawak akan siap menjelang bulan Jun ini sebagai persediaan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadualkan dari 17 hingga 24 Ogos depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata persiapan SUKMA 2024 berjalan lancar dengan beberapa fasiliti yang sedang dibaik pulih sudah hampir siap sepenuhnya.

“Semalam saya pergi ke tiga fasiliti, antaranya Dewan Wushu baharu yang sedang dalam pembinaan dan mereka (kontraktor) beri jaminan Dewan Wushu itu akan siap Jun ini.

“Selain itu, saya juga melawat Stadium Sarawak yang akan digunakan untuk acara balapan dan acara padang, serta Kampung Sukan, tempat kontinjen Sarawak akan berkampung,” katanya selepas Majlis Pelancaran EV Motorcycles MYUS Autotech X Ebixon di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata Sarawak antara negeri yang memberikan penekanan terhadap pembangunan sukan dan perkara itu telah mendapat perhatian pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Beliau berkata semalam Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyatakan hasrat beliau untuk berusaha membawa lebih banyak sukan peringkat antarabangsa ke Sarawak.

“Kita mempunyai kemudahan yang cukup, baik dari segi fasiliti akuatik dan stadium. Ini adalah sesuatu yang baik dalam usaha saya serta pasukan saya untuk menjadikan Sarawak negeri sukan berprestasi tinggi,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan