Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tumpahan minyak berlaku di Jalan Satok dan di Siburan yang mengakibatkan kemalangan beberapa buah kenderaan awal pagi tadi. Foto Bomba Sarawak

Tumpahan minyak di Jalan Satok dan Siburan akibatkan kemalangan pagi tadi

KUCHING, 25 Mac: Tumpahan minyak berlaku di Jalan Satok dan di Siburan mengakibatkan kemalangan beberapa buah kenderaan awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima laporan berhubung kes tumpahan minyak di Premier Foodcourt Batu 9, Siburan, jam 1.01 pagi tadi dengan menggerakkan Bălai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi kejadian.

“Tumpahan minyak dianggarkan lebih kurang 40 meter telah mengakibatkan kemalangan beberpa buah kereta.

“Pasukan bomba lengkap PPE bertindak menabur pasir di kawasan sepanjang jalan untuk mengelakkan jalan raya daripada licin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tumpahan minyak turut berlaku di Jalan Satok, pihak bomba yang menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.57 pagi menggerakkan BBP Padungan ke lokasi kejadian.

“Tumpahan minyak berlaku dari jejambat Satok hingga ke jambatan Satok dianggarkan lebih kurang dua kilometer.

“BBP Padungan bertindak melakukan operasi dengan menaburkan habuk kayu di sepanjang tumpahan tersebut dan operasi tamat pada jam 2.34 pagi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan