Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri berbual mesra dengan tetamu pada majlis berbuka puasa bersama kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Kuala Lumpur, malam ini. Foto Nancy Shukri (FB)

Semua pihak bertanggungjawab pastikan kanak-kanak, remaja tidak terlibat isu sosial

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak dan remaja tidak terjerumus dalam isu sosial sehingga menggugat pembelajaran mereka di sekolah, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata kementerian yang berkaitan perlu bersama-sama menyumbang saranan kepada Majlis Sosial Negara bagi memperbaik keadaan sosial dalam negara.

“Saya harap semua pihak bertanggungjawab untuk turut menjaga anak-anak kita yang seharusnya teruskan pelajaran mereka, bukan membuat perkara lain.

“Kerisauan kita ialah berkenaan keadaan sosial dalam negara merangkumi perkara seperti ini. Kita mahu supaya yang menjadi tenaga pengajar mempunyai nilai-nilai yang sepatutnya sebagai seorang pendidik,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama 99 Speedmart di sini malam ini.

Beliau mengulas mengenai isu seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah yang didakwa menjalinkan hubungan dengan pelajar lelakinya yang tular dalam media sosial.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata polis menerima laporan pada 12 Dis lepas mendakwa suspek yang berumur 37 tahun mencabul mangsa, ketika mengulang kaji pelajaran bersama guru terbabit di perpustakaan.

Wan Kamarul Azran berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Dalam perkembangan lain, Nancy berkata lebih 1,600 Orang Kurang Upaya (OKU) telah ditawarkan pekerjaan melalui program Job Coach yang dilaksanakan KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kami amat memerlukan sokongan syarikat kerana ramai (OKU) yang menyatakan mereka tiada pekerjaan,” katanya.

Job Coach dilaksanakan oleh JKM dan beberapa agensi kerajaan serta pihak swasta sebagai satu cara sokongan pekerjaan untuk menolong OKU dalam pekerjaan yang melibatkan program latihan pekerjaan kepada individu OKU.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan