Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Tan Sri Norza Zakaria dan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa sesi kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto Mohammad Raffiq (TVS)

Sarawak berpotensi menjadi tuan rumah acara sukan bertaraf antarabangsa

ByAdlina Rahman

KUCHING, 25 Mac: Pembangunan sukan serta pelaburan besar Sarawak dalam membangunkan fasiliti sukan berkualiti menyingkap potensi negeri ini sebagai penganjur acara sukan bertaraf antarabangsa.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria berkata potensi itu juga boleh dilihat melalui ketersediaan dalam menjadi tuan rumah penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 pada Ogos ini.

“Sarawak bersiap sedia dalam menganjurkan SUKMA dan ini merupakan antara acara terbesar sukan yang dinantikan oleh atlet muda atau atlet pelapis kita.

“SUKMA merupakan medium kepada mereka untuk melibatkan diri dan terus menjadi pilihan, terutamanya bila kita menghadapi temasya sukan SEA yang akan datang, contohnya temasya sukan SEA di Thailand pada 2025 dan Malaysia menjadi tuan rumah pada 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk mengetahui perkembangan pembangunan sukan di Sarawak selain melihat potensi Sarawak menjadi penganjur acara sukan bertaraf antarabangsa.

Selain itu, Norza turut menyifatkan Sarawak sebagai penanda aras kepada negeri lain dari segi aspek pelaburan sukan dan ia mencerminkan strategi yang bagus dalam membina sebuah negeri maju yang baik untuk rakyat.

“Kerana sukan, di samping merupakan alat perpaduan kepada negara, ia juga memberi peluang kepada generasi muda kita selain melahirkan satu generasi yang sihat dan produktif.

“Dalam Sarawak menuju ekonomi yang maju, perkembangan sukan seiring dengan ekonomi negara ketika ini. Kerana kalau kita lihat banyak negara maju terkehadapan, (menjadi) peneraju dalam bidang sukan,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan