Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pangkalan Data Utama (PADU) menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lepas. Foto fail Bernama

Pendaftaran PADU meningkat mendadak kepada 7.7 juta

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Pangkalan Data Utama (PADU) menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam kadar pendaftaran sepanjang minggu lepas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata setakat 11:59 malam pada 24 Mac 2024, bilangan pendaftaran meningkat kepada 7.7 juta daripada 5.4 juta yang direkodkan pada 17 Mac 2024.

Daripada jumlah pendaftaran terkini, katanya kadar pendaftaran dalam kalangan individu berumur 18 tahun ke atas telah mencecah 35.1 peratus.

“Kami optimis bahawa angka ini akan terus meningkat, berpotensi mencapai atau bahkan melebihi 50 peratus menjelang tarikh akhir yang akan datang pada 31 Mac 2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai digalakkan untuk tidak menunggu hingga saat akhir untuk mendaftar.

“Dengan tarikh tutup yang semakin hampir, kami menjangka pendaftaran harian akan terus meningkat dengan ketara. Daftar dan kemas kini data anda ke dalam PADU sebelum 31 Mac 2024 untuk mengelak risiko keciciran berterusan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan