Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyatie Samsudin (kiri) danT imbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh 'bertelagah' dalam Dewan Rakyat berkaitan bekalan barang subsidi. Foto Alex Teo (TVS), Bernama.

Parlimen: Sesi awal ‘panas’ gara – gara barang subsidi sebelum dan selepas PRU-15

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Sesi awal Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pagi tadi bertukar panas ekoran tercetus pertikaman lidah membabitkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh dengan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Fuziah yang menjawab soalan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menegur Mas Ermieyati kerana mengemukakan soalan mengelirukan selain fakta kurang tepat.

Katanya, soalan mengenai jaminan kerajaan untuk memastikan barangan keperluan bersubsidi seperti gula, minyak paket dan beras tempatan kembali pulih seperti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) harus berpandukan fakta.

“Masjid Tanah kawan saya, cuma saya hendak ingatkan, soalan Masjid Tanah misleading, cara bertanya soalah – olah satu kenyataan.

“Saya hendak beritahu, pada 2022 jumlah pengeluaran gula ialah 437 290 metrik tan dan pengedaran 430 713 metrik tan berbanding tahun lepas, pengeluaran 489 451 metrik tan manakala pengeluaran  471 241  metrik tan.

“Maksudnya tidak benar sebelum PRU-15 pengedaran barang – barang bersubsidi ini lebih baik,” katanya di sini hari ini.

Bagi minyak paket pula, Fuziah menjelaskan, purata pengeluaran pada 2022 sebanyak 55,000 metrik tan bulanan berbanding 60,000 metrik pada 2023.

“Bagi beras tempatan (ia berada) di bawah kawalan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sepenuhnya, kalau orang mengadu, kita (KPDN) tidak ada punca kuasa (namun) kita melihat dan meneliti aduan,” katanya.

Pada ketika ini Mas Ermieyatie bangun sambil menuduh Fuziah tidak menjawab soalan selain mendakwa berlaku kenaikan harga barang yang ketara di pasaran.

“Jadi saya ingin bertanya apa jaminan kerajaan untuk kenal pasti membabitkan aspek penguatkuasaan (dan seterusnya) untuk tangani terutamanya terdapat pengumuman subsidi tepung ditamatkan (seperti) yang diumumkan oleh Menteri,” katanya.

Celahan itu menyebabkan Fuziah memulangkan paku buah keras dengan ‘mengorek kembali’ ketiadaan bekalan telur ayam di pasaran.

“Saya kena jawab juga, YB (Yang Berhormat) lupa ke sebelum PRU-15, telur langsung tidak ada dalam pasaran.

“Sebelum PRU-15 harga minyak paket lima kilogram (kg) ialah RM35 dan sekarang harganya RM25 sahaja,” katanya.

Mas Ermieyatie kemudian meninggikan suara dengan meminta Fuziah menjawab soalan beliau dan tidak berpolitik dalam dewan.

Pertengkaran itu berhenti apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegur tindakan Mas Ermieyatie dengan meminta beliau memberi ruang untuk Fuziah menjawab soalan.

Berkenaan subsidi tepung, Fuziah menjelaskan, menerusi Belanjawan 2023, terdapat butiran subsidi tepung untuk kegunaan am berjumlah RM40 juta.

“Belanjawan 2024, butiran ini tiada namun sebenarnya ada di bawah butiran Payung Rahmah sebanyak RM400 juta itu ulasan Kementerian Kewangan.

“Tepung kegunaan am bajet itu kita asingkan namun tidak pernah dituntut selama beberapa tahun (malah) tidak ada kilang menghasilkan teping dan rakyat tidak minta tepung kegunaan am,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan