Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto, bernama.

Parlimen: RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 dibentangkan kali pertama, pembangkang dedah hampir setuju

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 dibentangkan bagi bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Menurut Saifuddin, bacaan kali kedua dan ketiga juga dicadang pihaknya pada persidangan kali ini.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Perikatan Nasional – Kota Bharu) kemudian bangun membangkitkan beberapa perkara berkaitan pindaan yang didakwa beliau tidak sama dengan yang ditaklimatkan kepada pembangkang.

“Sebelum RUU ini dibentangkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk pembangkang dan untuk rekod, (kami) hampir bersetuju sepenuhnya (selepas) taklimat diberi oleh Menteri Dalam Negeri mengenai cadangan pindaan ini yang libatkan banyak peruntukan.

“(Namun) apabila kami dapat blue bill pagi ini, terdapat beberapa peruntukan yang penting, tidak terdapat dan ini mengejutkan,” katanya.

Takiyuddin berkata, sepatutnya mereka dipanggil untuk diberi penerangan sekali lagi mengenai perkara itu.

Kepada persoalan ini, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor menjelaskan, perkara itu boleh dibahaskan ketika bacaan kali kedua namun Takiyuddin membangkitkan bagaimana sekiranya perkara itu tidak dimasukkan dalam pembentangan oleh Menteri.

Pembentangan dicadang untuk meminda Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan bagi mengenakan syarat tambahan untuk mempunyai pengetahuan mencukupi dalam bahasa Melayu kepada mana-mana wanita bersuami yang membuat permohonan kewarganegaraan melalui pendaftaran.

Ia juga bagi meminda had umur untuk memohon kewarganegaraan melalui pendaftaran daripada 21 kepada 18 tahun, selaras usia mengundi di negara ini dan takrif kanak-kanak seperti diperuntukkan Akta Umur Dewasa 1971.

Fasal 5 RUU berkenaan bertujuan memasukkan fasal baharu ke dalam Perkara 18 Perlembagaan Persekutuan bagi mengkehendaki individu 18 tahun ke bawah yang memperoleh kewarganegaraan melalui pendaftaran untuk mengangkat sumpah.

Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kanak-kanak yang lahir di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia untuk diberikan kewarganegaraan secara automatik. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan