Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil bercakap dalam sidang media di Parlimen hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Parlimen: PM akan ke Kuching bertemu Premier Sarawak bincang isu PADU

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan ke Kuching bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 30 Mac ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pertemuan berkenaan kelak akan membincangkan isu yang timbul berkaitan proses pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di wilayah itu.

@tvsarawak

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Kuching bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membincangkan isu berkaitan PADU. 📹 TVS 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

“Di situ mungkin ada sedikit perbincangan tambahan mengenai proses pendaftaran PADU.

“Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli juga memberitahu Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi akan mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak hari ini,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Kelmarin, Anwar mengesahkan Abang Johari yang bertemu beliau pada Jumaat lepas telah menyuarakan kebimbangan dan membangkitkan beberapa persoalan susulan isu pendaftaran PADU di Sarawak.

Anwar berkata, keputusan berhubung penangguhan pendaftaran sistem itu Sarawak akan dibincangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri minggu hadapan.

Sementara itu Fahmi yang juga jurucakap kepada Kerajaan Perpaduan berkata di sebalik isu berkenaan, Sarawak mencatatkan pendaftaran PADU yang tinggi berbanding negeri lain.

“Cuma aspek pelaksanaan, sama ada akan menggunakan jentera kerajaan negeri (atau sebaliknya) akan diputuskan,” katanya.

Beliau juga optimis pendaftaran PADU akan mencapai 50 peratus menjelang hujung bulan ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan