Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri. Foto, Bernama.

Dewan Negara: 79,483 wanita terima manfaat Kempen WCaRe tahun lepas – Nancy

ByPriscilla

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Seramai 79,483 orang wanita menerima manfaat daripada Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) pada tahun lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kempen itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran golongan wanita mengenai kepentingan saringan kanser serviks dan kanser payudara sekali gus meningkatkan jumlah wanita yang tampil menjalani saringan awal.

Jelas beliau, WCaRe dilaksanakan di 50 Klinik Nur Sejahtera Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan 15 Pusat Keluarga Bergerak (PKB) di seluruh Malaysia.

“LPPKN turut memperluaskan pelaksanaan kempen ini melalui jalinan kerjasama seperti program outreach bersama jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pusat mamogram swasta serta masyarakat dalam komuniti.

“Pada tahun lepas, kempen ini diketengahkan melalui platform media sosial dan media massa menggunakan tanda pagar #CepatTahuCepatTindak dengan jumlah tontonan seramai 5.1 juta,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Nancy menjawab soalan Senator Datuk Noraini Idris yang meminta beliau menyatakan sejauh manakah kempen WCaRe berjaya dipromosikan untuk memberikan kesedaran kepada golongan wanita supaya menjalani pemeriksaan awal kanser serviks dan payudara khususnya kepada wanita luar bandar di Sabah.

Sementara itu bagi Sabah, Nancy menjelaskan bagi tempoh yang sama, seramai 8,789 orang wanita telah menjalani saringan melalui kempen berkenaan.

“Daripada jumlah itu, seramai 4,086 orang adalah wanita dalam kalangan penduduk luar bandar (manakala) peratusan penerima manfaat bagi penduduk luar bandar Sabah adalah 46.5 peratus peratus,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan