MIRI, 24 Mac: Seramai 15 penunggang motosikal yang berumur antara 15 hingga 28 tahun ditahan dalam Op Samseng Jalanan di sekitar kawasan Jalan Tudan, Miri.
Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, operasi tersebut dijalankan pada Ahad sekitar 12:30 tengah malam sehingga 6 pagi.
“Penunggang motorsikal yang ditahan ini telah terlibat di dalam melakukan aksi bersaing sesama sendiri dalam menguji kelajuan, ‘wheelie’ dan mengubah haluan yang mana membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya menerusi sebuah kenyataan media pada hari ini.
Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Balai Polis Trafik Miri untuk tindakan selanjutnya.