Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah dan Norizan Jili bersama para sebahagian peserta Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 di Dalat, hari ini. Foto Fatimah Abdullah (FB)

Lebih 900 peserta terima Lesen Memandu Kelas B2 di DUN Dalat

ByBernama

DALAT, 24 Mac: Seramai 942 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat menarik nafas lega kerana boleh menunggang motosikal pada Aidilfitri ini tanpa dihantui rasa takut dikenakan saman kerana kini sudah memiliki lesen memandu yang sah.

Mereka merupakan peserta Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 (MyLesen) yang dikendalikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak.

Lesen tersebut disampaikan semasa majlis penutupan program itu hari ini yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah di Stadium Perpaduan Dalat.

“Seramai 738 peserta yang mengikuti program ini adalah dari Dalat/Oya manakala selebihnya adalah dari Mukah, Igan dan Matu/Daro,” kata Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili.

Menurutnya daripada keseluruhan peserta program tersebut sebanyak 10 peratus adalah dalam kalangan warga emas yang menunggang motosikal tanpa lesen antara 30 hingga 40 tahun manakala sebahagian besar peserta adalah golongan muda seawal usia 17 tahun.

Menurutnya, antara faktor yang mengakibatkan mereka terpaksa menangguh hasrat untuk mengambil lesen memandu institut memandu (IM) adalah disebabkan kos mahal iaitu antara RM600 hingga RM700 bagi kelas B2.

“Tetapi kita bersyukur kerana dengan adanya program MyLesen ini selepas 40 tahun akhirnya mereka (warga emas) dapat lesen memandu. Program ini ditawarkan dengan diskaun khas sehingga kos hanya RM250,” jelasnya.

Norizan berkata Program MyLesen JPJ memberi pendedahan serta pendidikan mengenai peraturan lalu lintas yang sentiasa perlu dipatuhi selain kaedah pemanduan berhemah kepada peserta.

Beliau mengingatkan peserta yang telah berjaya mendapatkan lesen memandu tersebut supaya menjadi penunggang yang berhemah dan memberi amaran peserta muda yang telah mendapatkan lesen memandu kelas B2 itu tidak merempit kerana jika didapati melakukan kesalahan tersebut lesen mereka akan digantung.

“JPJ tidak akan berkompromi dan saman JPJ tidak ada diskaun,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan