Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keselamatan dan kerahsiaan maklumat dalam PADU adalah terjamin daripada kebocoran hingga kini. Foto Bernama

Keselamatan, kerahsiaan maklumat PADU terjamin daripada kebocoran

ByBernama

ARAU, 24 Mac: Keselamatan dan kerahsiaan maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah terjamin daripada kebocoran hingga kini, yang diselenggara sepenuhnya oleh agensi Jabatan Digital Negara (JDN) iaitu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini, PADU melalui Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Siber Sektor Awam (CSIRT) bersiap siaga mengendalikan melalui prosedur yang ditetapkan.

“Saya menyeru semua mengambil peluang untuk membuat pengemaskinian PADU dan tidak menunggu saat akhir. Maklumat PADU ini akan membantu kerajaan membuat perancangan program masa hadapan,” katanya dalam kenyataan media pada lawatannya ke kaunter PADU di Masjid Al Masyhoor Padang Siding di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Mohd Uzir memaklumkan secara kumulatif sebanyak 1,006 kaunter fizikal PADU telah dibuka di Perlis termasuk program bersama komuniti serta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dari 2 Jan lepas hingga hari ini.

“Selain itu, ada juga pembukaan kaunter bergerak di 101 masjid di negeri ini terutamanya pada setiap Jumaat,” katanya yang turut memberitahu pendaftaran PADU di Perlis meningkat kepada 0.08 juta orang setakat Sabtu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan