Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan anggota Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran melibatkan tapak pembuangan sampah di Sarikei. Foto Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.

Kebakaran di tapak pembuangan sampah di Sarikei membimbangkan

SARIKEI, 24 Mac: Insiden pembakaran sampah yang dilakukan dengan sengaja di daerah ini, menunjukkan trend membimbangkan apabila mencatat peningkatan ketara kes sejak tahun lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba, Mahmudin Narudin berkata, sepanjang tahun lepas dan tiga bulan pertama tahun ini, pihaknya telah menerima sekurang-kurangnya 31 laporan yang majoritinya membabitkan kebakaran sampah.

Menurutnya, sebahagian kes itu berlaku di tapak sama dipercayai dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Mengikut statistik, sebanyak 23 kes direkodkan pada tahun lalu manakala, tahun ini kita mengendalikan sekurang-kurangnya lapan kes melibatkan kebakaran sampah di tapak pembuangan dan perumahan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Sehubungan itu Mahmudin berkata, bomba sudah mengeluarkan peringatan tegas lantaran bimbang perbuatan itu boleh mengundang malapetaka lebih besar terutama ketika musim panas.

Setakat ini, sekurang-kurangnya lima kawasan dikenal pasti sebagai titik panas kerap berlaku kes pembakaran terbuka antaranya, Sungai Sebanyak, Selangan, Jalan Minah, Selalang dan Skim B

Bomba merekodkan 81 kes kebakaran terbuka dalam tempoh empat tahun sejak 2021 hingga tahun ini.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya di kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tanah gambut serta tapak pelupusan sampah.

“Tabiat itu bukan sahaja boleh mencemarkan udara tetapi juga mengundang bencana khususnya pada musim cuaca panas dan kering sekarang,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan