Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hasbi Habibollah menyampaikan Outright Grant kepada salah seorang penerima menerusi satu majlis di Limbang pada Sabtu. Foto TVS

AirAsia sedia 22,000 tempat duduk tambang rendah tetap sempena Aidilfitri

LIMBANG, 24 Mac: AirAsia menyediakan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata inisiatif itu sebahagian komitmennya bagi membolehkan lebih ramai berpeluang pulang ke kampung untuk perayaan tersebut termasuk rakyat di Sabah dan Sarawak.

Pembelian tiket boleh dibuat bermula 4 Mac lepas dan mereka digalak untuk membeli awal bagi mendapatkan harga lebih murah berbanding harga tiket pada hari biasa, katanya ditemui semasa Majlis Penyerahan Outright Grant di sini pada Sabtu.

Pada program itu, 62 penerima membabitkan 10 buah masjid dan 52 surau di Parlimen Limbang dengan peruntukan keseluruhan bernilai RM 196,000.

Dalam perkembangan lain, Hasbi menasihatkan mereka yang ingin pulang ke kampung halaman menggunakan jalan darat sempena Aidilfitri ini merancang perjalanan agar selamat tiba di destinasi.

Orang ramai juga diminta membuat aduan kepada agensi penguatkuasaan seperti Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jika ada pihak menjual tiket bas pada harga mahal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan