Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tema ‘Water For Peace’ merupakan satu titik tolak kepada Sarawak untuk memberi tumpuan kepada pengurusan sumber air secara bersepadu bagi menjamin sumber air yang mampan demi generasi akan datang. Foto hiasan Envato.

‘Water For Peace’ signifikan buat Sarawak

BySalasiah Safian

SARAWAK merupakan negeri yang sangat beruntung berikutan sehingga kini tidak menghadapi isu yang ketara dalam isu perebutan penggunaan sumber air bersih.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata bertepatan dengan tema sambutan Hari Air Sedunia 2024, ‘Water For Peace’ ia disifatkan amat signifikan dengan Bumi Kenyalang ini.

Menurut Dr Abdul Rahman meskipun kaya dengan sumber air, namun penggunaan sumbernya hendaklah dirancang dengan baik, apatah lagi dunia kini sedang berhadapan dengan cabaran perubahan iklim.

Beliau turut menyifatkan tema ‘Water For Peace’ merupakan satu titik tolak kepada Sarawak untuk memberi tumpuan kepada pengurusan sumber air secara bersepadu bagi menjamin sumber air yang mampan demi generasi akan datang.

Sempena Hari Air Sedunia: Air bukan untuk persaingan sebaliknya Hak Asasi Manusia

“Untuk makluman sumber air ini bukan sahaja dirawat dan digunakan sebagai air minuman dan kegunaan harian kita. Malahan ia juga digunakan untuk menjana tenaga elektrik melalui empangan hidroelektrik dan juga untuk tujuan lain seperti pengairan sistem pertanian.

“Di sinilah pentingnya pengurusan air secara bersepadu bagi mengelakkan sebarang konflik wujud disebabkan perebutan sumber air selaras dengan tema water for peace,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Setakat ini, liputan keseluruhan bekalan air di Sarawak adalah dianggarkan 85.4 peratus manakala liputan di kawasan luar bandar pula dianggarkan pada kadar 70.5 peratus.

Tambahnya, Sarawak mempunyai empangan yang digunakan untuk penjanaan hidroelektrik iaitu di Bakun, Murum, Batang Ai dan akan datang di Baleh.

Kesemua empangan hidroelektrik itu menurutnya berupaya menjana sehingga 60 peratus penjanaan tenaga campuran yang menyumbangkan kepada sumber tenaga terbanyak di Sarawak.

“Oleh yang demikian untuk memelihara sumber air untuk kegunaan harian, salah satu inisiatif yang telah dijalankan oleh Kerajaan Sarawak adalah dengan mewartakan kawasan tadahan air di Sarawak. Setakat ini terdapat 28 buah kawasan tadahan air yang telah diwartakan apabila kawasan tadahan air ini telah diwartakan, terdapat beberapa aktiviti yang dilarang untuk dijalankan di sekitar kawasan tadahan air.

“Tujuannya adalah semata-mata untuk memelihara kualiti air yang kita rawat sebelum disalurkan kepada pengguna. Air untuk kegunaan tenaga boleh diperbaharui juga perlu dipelihara,” ujarnya lagi.

Jelasnya, sebagai langkah untuk menghadapi cabaran perubahan iklim dunia, setiap agensi-agensi bekalan air di Sarawak mempunyai Emergency Response Plan ataupun ERP masing-masing.

Pelbagai pihak kata Dr Abdul Rahman mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan memulihara sumber air termasuk Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

Ia juga katanya meliputi usaha mendidik rakyat Sarawak tentang kepentingan sumber air.

 

Hak nikmati air bersih milik semua 

Air yang bersih wajar dinikmati oleh setiap individu dalam kehidupan seharian.

Baik untuk mandi, beribadah, memasak, makan, minum dan membasuh, Salbiati Chek yang merupakan seorang usahawan berkata hak untuk merasai air bersih tidak harus dinafikan termasuk penduduk di kawasan luar bandar.

“Kerana salah satunya air adalah keperluan asas untuk semua rakyat, bukannya manusia tapi haiwan, tumbuh-tumbuhan dan semua itu memerlukan air untuk keperluan asas kita tiap-tiap hari tidak kira masa, dan waktu. Memang air itu adalah satu keperluan.

“Kita akan rasa kurang keyakinan sebab apa-apa yang diperlukan adalah air especially kita perlu minum, buat minuman, untuk ambil air solat, untuk sembahyang kita perlukan air juga untuk membersihkan diri, jadi itu adalah penting bagi kita semua keperluan air,” katanya.

Sementara itu, Taib Mat yang merupakan pesara kerajaan dan Dayang Lenora yang merupakan seorang guru berkata, tanggungjawab sebagai pengguna juga adalah penting untuk memastikan air tidak terbazir.

“Sebagai pengguna kita haruslah bijak menggunakan air jika benda tu tak perlu, kita akan jagalah jangan biar air itu dibaziri. Kita seharusnya prihatin jangan membiarkan pembaziran ataupun buat aduan ke pihak yang bertanggungjawab. Sekiranya ada nampak sesuatu yang air bocor atau perkara berkaitan jangan biarkan. Jadi kita sebagai pengguna kena ada tanggungjawab,” kongsi Taib Mat pula.

Dayang Lenora membayangi ketiadaaan sumber air akan memudaratkan kehidupan orang ramai.

“Jika sekiranya tiada air maka susahlah hidup kita. Terpaksalah kita pergi ke sungai mencari air, guna air telaga macam zaman dahulu hidup kita. Pakaian pun warna-warna kuning, air paya,” katanya.

Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun sejurus pengisytiharan dilakukan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada tahun 1993. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan