Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pemuda SUPP Pujut, Kelvin Hii semasa menyerahkan sijil kepujian kepada salah seorang pelajar. Foto TVS

Sarawak perlu lebih ramai pelajar TVET, kurangkan tenaga dari luar

MIRI, 23 Mac: Sarawak memerlukan lebih banyak pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal (TVET) dalam usaha mengurangkan kebergantungan negeri ini kepada tenaga dari luar.

Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pujut, Kelvin Hii berkata hasrat itu juga sekali gus memastikan bakat anak Sarawak dimanfaatkan untuk kepentingan Sarawak.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah menyatakan bahawa ingin melahirkan lebih ramai pelajar berkualiti dalam teknologi, ICT dan sains di tempat kita sendiri. Kita tahu Sarawak semakin maju, kita perlu memastikan ramai orang bersama-sama memajukan Sarawak.

“Ini penting, mesti orang Sarawak sendiri, bukan dari tempat lain. Sebab itu pendidikan jadi sangat penting untuk memajukan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikianketika mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang di Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Kolej Vokasional (KV) Miri pada Sabtu.

Menurutnya, kerajaan juga memberi tumpuan khusus kepada pembangunan TVET kerana mereka mempunyai potensi yang besar untuk menjadi menjadi tenaga kerja yang professional dalam pelbagai bidang seperti teknologi dan kejuruteraan.

Malah, beliau juga mengingatkan kepada PIBG KV Miri untuk memupuk budaya ilmu dan budaya kerja cemerlang untuk kecemerlangan pendidikan para pelajar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan