Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ysng di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama pelajar pada Majlis Berbuka Puasa bersama pemimpin tertinggi Sarawak di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), malam Jumaat. Foto UKAS

Pelajar Sarawak di Semenanjung hargai usaha kerajaan GPS

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Usaha Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam membantu anak-anak Sarawak yang menuntut di Semenanjung Malaysia mendapat respon positif.

Tinjauan TVS mendapati rata-rata pelajar Sarawak yang menuntut di sini menzahirkan rsa syukur ekoran Sarawak sentiasa ke hadapan dalam membantu anak negeri.

Pelajar Kolej Islam As Sofa, Muhammad Mustaqim Mustapha menyifafkan sikap mengambil berat kerajaan negeri terhadap mereka mampu meringankan beban mereka yang datang sebagai anak rantau.

“Kerajaan Sarawak banyak menyumbang kepada kami di sini sekali gus menjadikan memberi kelebihan kepada anak Sarawak dari segi bantuan biasiswa sebagainya.

“Saya berbangga kerana mereka (Kerajaan Sarawak) mengambil berat terhadap kami,” kata Mustaqim.

Menurut pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Muhammad Nur Azhad Jawawi, bantuan tanpa gagal Kerajaan Sarawak terhadap anak-anak rantau ini juga diharap dapat diperluaskan lagi dari semasa ke semasa.

“Kami sebagai anak rantau di sini tidak dianaktirikan yang mana misalnya usaha Kerajaan Sarawak untuk memastikan kami dapat menikmati subsidi kapal terbang ketika musim perayaan antara yang mampu membantu mengurangkan beban ibu bapa.

“Dan saya boleh sifatkan sebagi anak Sarawak yang berada di Semenanjung memang mempunyai kelebihan dari segi bantuan berbanding negeri lain,” ujar Nur Azhad.

Tambahnya lagi, melihat kepada pembangunan yang semakin rancak di Bumi Kenyalang membuatkan dirinya mahu menabur bakti di negeri kelahiran selepas tamat pengajian nanti.

“Saya mempunyai perancangan untuk bekerja di Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai jurutera perisian di sana nanti,” katanya lagi kepada TVS.

Dalam pada itu pelajar Universiti Tun Abdul Razak, Hazel Bulan Augustine tampil memohon agar kerajaan mampu menyediakan bantuan dari segi penginapan kepada anak Sarawak di sini.

Menurut Hazel ini kerana ada dalam kalangan anak-anak Sarawak tidak berpeluang untuk menginap di asrama di institusi tertentu.

“Sebagai orang Sarawak saya mempunyai pengalaman yang mana sukar untuk saya mendapatkan penginapan untuk melanjutkan pelajaran di sini, kadang-kadang kami terpakasa tingga di tempat atau rumah sewa yang agak mahal, jadi bagi saya kediaman amat penting untuk anak-anak rantau seperti kami,” kata Hazel.

Mereka berkata demikian ketika ditemui TVS pada Majlis Berbuka Puasa bersama pemimpin tertinggi Sarawak di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), pada Jumaat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan