Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh menyerahkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan pada Program MYSAVEFOOD sempena Bazar Ramadan Rahmah Wilayah Sarawak di Bazar Ramadan Metrocity pada Jumaat. Foto TVS

MySaveFood: Metrocity, pasar malam pertama selepas Aidilfitri

KUCHING, 23 Mac: Pasar Malam Metrocity bakal menjadi pasar malam pertama bagi Kempen MYSaveFood selepas Aidilfitri ini.

Kempen yang kini dilaksanakan di bazar Ramadan turut memiliki tujuan serupa iaitu antara usaha mengurangkan risiko pembaziran makanan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, inisiatif tersebut diadakan bagi menyalurkan lebihan makanan tidak terjual oleh peniaga pasar kepada golongan memerlukan.

“ Saya harap, selepas Hari Raya, kempen ini dapat diteruskan. Saya akan bincang dengan persatuan penjaja sini untuk teruskan MySaveFood di pasar malam Metrocity. Mungkin itu akan menjadi projek pertama kita di pasar malam Metrocity nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Program MYSAVEFOOD sempena Bazar Ramadan Rahmah Wilayah Sarawak di Bazar Ramadan Metrocity pada Jumaat.

Tambah Fuziah, Menerusi Gerakan Pemuda GEMA (GEMA), pihaknya telah melantik seorang ketua bazar yang bertanggungjawab untuk mengurus gerak kerja MySaveFood seperti mengumpul dan mengedar makanan dan minuman yang tidak habis dijual secara percuma kepada golongan sasar antaranya pelajar universiti, gelandangan, rumah kebajikan dan rumah ibadah.

“Setakat semalam, kita sudah berjaya mengurangkan 14,000 tan metrik makanan dan minuman di seluruh negara yang kita telah selamatkan.

“Di Kuching ni sahaja kita di Bazar Ramadan Stutong kita selamatkan 199kg makanan, di Bazar Ramadan Kota Samarahan 292.6kg makanan dan di sini (Metrocity) 16.95kg,” ujarnya.

Program MySaveFood dilaksanakan bagi membudayakan sistem pengurusan lebihan makanan yang efektif di bazar Ramadan yang mudah direplikasi dalam usaha mengurangkan pembaziran makanan.

Inisiatif ini turut menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu mengurangkan separuh daripada jumlah pembaziran makanan menjelang 2030 dan mewujudkan ‘zero hunger’. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan